Tuesday, November 23, 2010

'Reunion Mega' Sempena 90 Tahun Penubuhan Sekolah

Sempena 90 Tahun Penubuhan Sekolah, AJK Penaja Koperasi ALUMNI menganjurkan Majlis 'Reunion Mega'. Dengan ini, kami menjemput semua bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah untuk dapat hadir meraikan serta memeriahkan majlis tersebut. Segala maklumat adalah seperti di bawah :-


Sejarah Penubuhan Sekolah


Sekolah Tiga Zaman: Peperangan, Penjajahan & Kemerdekaan

      Pada tahun 1930, kumpulan murid-murid Melayu yang pertama telah mula bersekolah di sekolah ini. Dengan pertambahan bilangan murid, pada tahun 1937, pihak kerajaan telah membina lima buah kelas tambahan di sekolah ini. Pada tahun 1938, nama sekolah telah diubah kepada Abdullah School, bersempena dengan nama ayahanda Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang yang bersemayam pada ketika itu.      

      Dan kini iannya dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah di mana struktur bangunan asal masih kekal tersergam indah dengan warna yang menarik ditambah pula dengan beberapa blok bangunan baru selaras dengan kepesatan pembangunan negara dan kehendak pendidikan dewasa ini.
      Kepada semua guru dan murid yang terdahulu,, kami doakan agar anda semua berada dalam keadaan yang sihat dan sejahtera serta berbahagia di samping keluarga yang tersayang bak kata pepatah Melayu :
  " Patah Tumbuh Hilang Berganti"
"Hancur Badan Di Kandung Tanah ,Budi Yang Baik Dikenang Jua"